Monday 25 November 2013

LAPORAN KEMPEN ‘GIGI KESAYANGANKU’

Pada 21 September 2013 bersamaan dengan hari Sabtu, Klinik Pergigian Sandakan telah menganjurkan Kempen Promosi Kesihatan Pergigian yang bertemakan ‘Gigi KesayanganKu’.  Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid-murid tabika/ Pra sekolah dan Sekolah rendah.

Objektif utama kempen ini adalah untuk menanamkan tabiat menggosok gigi sebagai satu amalan rutin penjagaan kesihatan mulut di kalangan kanak-kanak dan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat khususnya ibubapa serta guru sekolah mengenai kepentingan menghargai kesihatan diri sebagai aset yang paling berharga.


Kempen ini telah diadakan di Dewan Tadika Chi Hwa dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang dan dirasmikan oleh YB Datuk Au Kam Wah, DUN Elopura.  Sebanyak 15 buah sekolah rendah dan 30 buah tabika/ pra sekolah terlibat dalam kempen tersebut.  Dianggarkan seramai 238 orang murid telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada hari itu.





Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran pergigian, pertandingan mewarna, pertandingan lakonan dan persembahan koir daripada anggota pergigian serta murid-murid  dari Klinik Pergigian Sekolah.  Permainan roda-roda kuiz turut diadakan bagi menarik perhatian semua murid.

Pihak Pergigian turut menjemput Unit Promosi Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan untuk mengadakan pameran kesihatan.  Seramai 2 orang anggota kesihatan telah menyertai kempen ini.

Aktiviti menggosok gigi beramai-ramai bagi semua murid turut diadakan.  Semua bekalan berus gigi dan ubat gigi telah ditaja oleh Pihak Southern Lion Sdn Bhd.  Kehadiran maskot Lion dan maskot Gigi ternyata berjaya menarik minat murid-murid dan memeriahkan lagi suasana pada hari itu.





Kempen Pergigian sedemikian haruslah diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi menyedarkan masyarakat terutamanya kanak-kanak tentang penjagaan kesihatan pergigian.  Penglibatan dari pihak kesihatan perlu dikekalkan supaya mesej penjagaan kesihatan secara menyeluruh boleh diperolehi dengan menghadiri kempen ini.





Wednesday 10 July 2013

Kem Kesihatan 'I Want Sihat' di Kg. Melalap, Tenom

Pada 2 Mei 2013, Klinik Pergigian Keningau telah mengikuti kempen 'I Want Sihat' yang dianjurkan bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau dan Panel Klinik Kesihatan Melalap, Tenom. Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Radin Malleh.

Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung selain mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk dan personel kesihatan. Sasaran adalah kepada semua penduduk Kg. Melalap Tenom dan penduduk kampung berdekatan.

Sesi Pameran
Dr. Elaine sedang memberi rawatan cabutan gigi kepada pesakit
PPP Rapi'ee sedang memberi nasihat selepas cabutan kepada pesakit
Anggota Pergigian yang terlibat menjayakan
 Kem 'I Want Sihat" di Kg. Melalap, Tenom
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran serta pemeriksaan dan rawatan cabutan gigi secara percuma. Secara keseluruhanya, Kem' I Want Sihat' ini berjalan dengan lancar dan baik hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Diharapkan program seumpama ini dapat dijalankan dengan jayanya di masa akan datang.